Pertandingan drift Hanyutan (lumba kereta)

Pertandingan-pertandingan drift dihakimi berdasarkan garis, sudut, kelajuan, dan faktor-faktor yang ditunjukkan. Garis melibatkan pengambilan garisan yang tepat, yang mana biasanya diumumkan dahulu oleh juri. Faktor-faktor yang ditunjukkan berdasarkan pada beberapa perkara, seperti jumlah asap, betapa dekat kereta dengan dinding, dan reaksi orang ramai. Sudut ialah sudut kereta ketika drift. Kelajuan ialah kelajuan memasuki selekoh, kelajuan melalui selekoh, dan kelajuan keluar selekoh; lebih laju lebih bagus.

Pertandingan drift berpasukan di Melbourne.

Penghakiman hanya terjadi di sebahagian kecil litar sahaja, beberapa jalinan selekoh yang mempunyai perspektif yang baik dan peluang untuk melakukan drift. Bahagian lain litar tidak terlibat, melainkan seperti yang berkaitan dengan kawalan suhu tayar dan tetapan untuk hakim selekoh pertama.

Berkaitan